Wednesday, March 23, 2011

macaron

Hai semua.....

Rasa nyer semua mesti biasa dengar pasal macaron. Ia merupakan satu trend mengantikan cupcakes. Fenomena macaron menjadi-jadi apabila kebanyakan kedai kek di pusat membeli belah ternama menjualnya. apa yg menarik perhatian umum dan saya juga adalah warnanya yg meriah dan pelbagai serta perisa yg menarik. Rupanya yang juga sangat sekata dan elegan membuatkan ia menjadi pilihan sebagai bukan saja hadiah untuk hari istimewa tetapi juga sebagai door gift untuk apa jua majlis.


Selalu kita tersilap dimana sebutan dan berganggapan macaron dan macaroon adalah biskut yg sama. Walaupun bahan asas biskut ini adalah sama iaitu gula dan telur putih tetapi ianya berbeza.


Macaroon (sebutannya ma-ka-run) adalah macam meringue bentuknya tak sekata dan lebih keras. Resepi yg biasa kita google bawah tajuk macaroon adalah macaroon kelapa. Sementara macaron (sebutanya ma-ka-ron) adalah satu biskut dari paris. Ianya terdiri dari 2 biskut yg dicantumkan oleh krim. Menurut kawan blog saya yg berasal dari perancis, macaron yg bagus adalah apabila biskut yg dibuat mempunyai permukaan yang rata dan sedikit bersarang di bawahnya. Biskut ini apabila dicantumkan dengan krim adalah lebih baik disimpan di dalam peti sejuk dahulu selama 24 jam. Ianya akan jadi lebih sedap untuk dinikmati. Macaron sepatutnya keras diluar tetapi di dalam lembut umpama diisi sepenuhnya dgn krim.


baru-baru ni saya beli satu buku bertajuk MAD ABOUT MACARON BY JILL COLONNA. Brtul kata beliau tak kenal maka tak Cinta pada macaron. Pada mulanya saya hanya suka makan tak pernah buat. Tapi sekarang dah pandai buat sbb bila dah mula mmg tak bleh berhenti sbb nak buat sampai jadi. Kalau nak cuba ni resepinya.






1. pengayak
2. Parchment paper
3. badam
4. gula icing
5. gula castor sugar
6. telur putih
7. mangkuk
8. nosel bulan no. 5
9. beg piping
10.Spatula
11.mixer


MACAROON
150g telur putih
100g gula castor
180g badam ditumbuk halus
270g gula icing

1. pukul telur putih sehingga kembang kemudian masukkan gula castor.



2. campurkan badam yg ditumbuk halus dengan gula icing yg sudah diayak



4. campurkan bahan kering ke adunan telur putih



5. masukkan adunan dalam beg piping dengan nosel no 5.



6. paipkan atas kertas parchment dalam saiz kecil ckit dari syiling 50 sen dan jaraj dalam 5 sentimeter antara satu sama lain.

7. biarkan untuk 10 ke 15 minit.

8. bakar pada suhu 160 selama 14 minit

KRIM MENTEGA
200g mentega
400g gula icing
½ sudu kecil perasa

1. pukul mentega dan gula hingga kembang

2. masukkan perasa dan pukul lagi untuk 2minit

3. setelah siap boleh terus paip pada biskut yg tlah sejuk.

4. macaron adalah lebih sedap jika disimpan semalaman didalam peti sejuk selama 24 jam sebelum dimakan.


Cuba la ada org yg try bertahun untuk dapat buat macaron yg betul jadi jangan kecewa dan putus asa kalau kali pertama buat tak jadi k. Cuba dan cuba lagi. Kalau tak pun order jer dari saya. Sbb sekarang bread&butter ada jual macaroon


selamat mencuba

3 comments:

  1. my fav too. sedap la! blh la buat utk aku sket! nk tempah la! nk buat sendiri mcm rajin la sgt aku ni kan.. tp aku nk kaler rainbow :P hehhehehhe...

    ReplyDelete
  2. thanks ern. order tu bagus jugak price dah ada kat atas tu>

    ReplyDelete